(^_^)

(^_^)
Hati Hidup Jika BersamaNYA

Friday 24 June 2011

'Bila Besar Nanti,Kamu Nak Jadi Apa?'









Assalamualaikum..

“Bila besar nanti nak jadi apa?”.soalan itu memang dah sebati malah sudah menjadi darah daging apabila mula masuk sekolah.Bukan hanya d sekolah malah,di rumah,d taman-taman dan juga di surau bila bertemu mata buat kali pertama,itulah antara mainan soalan yang akan ditanya.Penting ke?Ada kesan ke pada aku?dulunya mungkin tidak tapi sekarang YA kerna bila bergelar seorang guru,murabbi,muallim,da’ie , dengan kesedaran dan kefahaman agama yang diberikanNya,soalan itu amat penting kerna dari situlah azam anak-anak kecil dapat disemai dan dibaja… 


“Apa cita-cita kamu,Ali?”,”Saya nak jadi doktor.
“Kamu,Abu Bakar?”,”Saya nak jadi pemain bola”
“Omar,kamu nak jadi apa?, “Saya nak jadi macam ayah saya, seorang askar.
“Uthman,bagaimana dengan kamu?”. “Saya nak jadi saintis cikgu”
“Kamu Hadi”. “Saya malu la nak cakap cikgu.
“Cakap je”. “Bila besar nanti sy nak jadi ultraman cikgu,hari-hari sy doa pada Allah biar sayalah yang jadi ultraman itu cikgu.Saya nak selamatkan semua ummat manusia dari mereka yang jahat”
“Subhanallah”
Tersenyu cikgu dengan penuh maksud.


      Inilah dia,iktikad seorang anak kecil yang belum kenal erti dunia yang sebenarnya.Tapi niatnya baik.Kenapa aku rasa soalan ini amat penting?Ya,malah tersangat penting kerna disinilah langkah dakwah boleh disalur masuk ke dalam hati mereka yang suci bersih.


            ‘Cuba lihat dunia sekarang,ramai yang jadi saintis,doktor,cikgu,askar,jurutera,arkitek malah macam2 kerja lah memang kerja2 yang kritikal yang hanya layak dengan kelulusan akademik yang tinggi2 malah perlu ditapis lagi utk dapatkan hanya yang berkualiti dan bermutu..tapi hakikatnya,makin hebat manusia dengan kerjanya,makin jauh mereka dengan Tuhan.

          Dr. Yusof Al-Qardhawi,menjawat satu pekerjaan itu adalah fardhu kifayah bila situasinya masih belum diambil tanggungjawab oleh muslim..contohnya bila jawatan doktor perubatan itu masih belum ada di kalangan muslim maka fardhu kifayah hukumnya ke atas muslim utk menjawatnya utk kemaslatan ummah..jika sudah ada doktor muslim maka menjadinya fardhu kifayah..


                    Antara pesanku kepada anak-anak didik,jadilah apa pun yang kamu mahu,tapi tegakkan agama di dalam pekerjaanmu,agar mereka yang berada di sekelilingmu dapat merasai madu yang dibawa oleh mu..jadilah seperti bunga yang mekar yang harum semerbak di celah rimbunan semak samun yang wanginya dapat dihidu mereka yang tenggelam dalam paya lumpur dek dosa jijik dunia..


                    Kamu bukan doktor biasa,kamu bukan jurutera biasa,kamu bukan cikgu biasa,kamu bukan kontraktor yang biasa,kamu bukan saudagar emas yang biasa tetapi kamulah orang itu yang membawa kalimah syahadah dan dibahumu terpikul amanah dari Maha Pencipta.Besarmu nanti,akan menjadilah polis yang hebat yang kerjanya bukan hanya menjaga keselamatan Negara malah memperjuangkan syariatNya,banteras rasuah habis-habisan hinggalah kamulah orangnya yang masuk menjadi contoh buat mereka yang masih gelap hatinya,dan kamu bawakan cahayaNya…

             Itulah engkau yang bukan sahaja merawat fizikal pesakit tetapi hatinya juga yang perlu dirawat..bait-bait kata nasihat dan tarbiyah laju melewati bibirmu dalam merawat mereka yang sakit kaki,demam,patah tangan,leukemia,osteoporosis,kanser dan banyak lagi..pesakit-pesakitmu sihat bukan hanya fizikalnya malah hati mereka juga mendapat sentuhan mencari Ilahi..


Sehinggalah d suatu hari nanti,bila anak-anakmu membesar..
“Saad Abi Waqqas,cita-cita kamu nak jadi apa?”
‘Saya nak jadi bomba muslim yang soleh yang dapat berbakti bukan hanya pada manusia tetapi kepada semua hidupan seluruh alam dan mengimarahkan rumah-rumah Allah.
“Kamu nak jadi apa,Mus’ab?”
‘Saya nak jadi kontraktor muslim yang ada syarikat sendiri dan gunakan segala kekayaan sy utk kembangkan agama Allah’


“Kamu pula Zaid dan Ziyad wahai si kembar?”
‘Kami nak jadi macam ayah kami, penjual lilin muslim yang berjaya…kerna bukan hanya gelap malam yang patutnya diterangi lilin cikgu tapi hati manusia yang perlu diterangi nur Ilahi,yang basah lidahnya d dalam gelap malam zikir munajat…kami tak mahu cerah dan bersinar di luar mata tetapi d dalam hati gelap tanpa takut pada Pencipta…”


“Dan kamu Fadhlul?”
‘Saya nak jadi macam ayah sy la cikgu,ada degree tapi kerjanya kerja nabi..jadikan kerja nabi sebagai maksud hidup..hari-hari dakwah manusia,yang jauh,dekatkan pada pada Pencipta..Yang menyimpang bawakan pada jalanNya..hari-hari mau fikir risau seperti nabi,sentiasa sedih dan gundah gulana fikir tentang umat..hatinya xpernah tenang selagi mana saudara-saudara muslimnya langgar perintah Allah..sy nak jadi pendakwah cikgu,dakwah lagi dan lagi,sampai saya tiada lagi…


Cikgu…
“Allahuakhbar,amen Ya Allah,ameen….sambil mata banjir dengan air bah yang keluar dari kelopaknya…



Tuesday 21 June 2011

-Aku Milik Tuhan-



 
Buntu aku seketika di jalanan,
Tatkala disengat ujian bisanya meluluhkan semangat juangku,
Nafsu-nafsi senyum pada goyahnya si iman,
Aku kabur,
Ku anggap manisnya madu sebenarnya duri tajam menikam,
Tetapi ku tidak bisa menghalang,
Kelemahan terus mengorak langkah membuka lembaran,
Si ‘dia’ berpesta girang,
Si iman merah matanya mengalirkan air kesedihan,
Terus alpa hatiku ditenggelami dunia,
Hingga sesat di jalanan……..

Tetapi Engkau,
Tidak sesaat letih,
Titipan kasihMu tidak pernah kering,
Kau lindungi kejahilanku dengan hidayahMu,
Kau tutupi kedhaifanku dengan rahmatMu,
Malu untukku angkatkan tangan meminta ihsan,
Namun ku tetap gagahkannya,
Hatiku menangis mengadu cinta,
Kuatkan aku,bantulah aku,
Agar jalan itu tidakku lalui lagi,
Kerana esok atau lusa,
Pasti ku akan kembali,
Kerana aku milikMu………..


DambacintaMu,

Hadi al-HaDi

-----> Cinta Allah Jua Ku Rindu<--------

...Bismillahirrahmanirrahim...

....Salamualaikum...

Testing,testing,sound check...

....(^_^)..macam tak ku percaya dah ada blog sendiri...
Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Rabb..
senyum sampai ke telinga....



-Cinta Allah Jua Ku Rindu-


Wahai jiwaku…
Resahmu takku damba…
Gelisah menghimpit sebak di dada…
Air mataku tiada hentinya…
Mengalir penat di pelupuk jiwa…
Menagih rindu padaMu…
Buat mengurang beban di jiwa…
Amat pedih untuk diterima…
Namun takdir harus kureda…


Ya Allah…     
ujianMu sekadarnya…
untuk hambuMu seadanya…
sedang hati terlalu rapuh…
lantas mudah hati mengeluh…
lintasan hati bukannya keluhan…
cuma mengharap resahkan hilang…
takut akan lebih kehilangan…
istighfarku tak pernah keciciran…
buat menguat hati yang kekurangan…


Demi Tuhan…
hatiku sedayanya kutabahkan…
kupinta ketabahan buatnya juga…
bukan mudah mencari keputusan…
dalam hati yang masih rawan…
namun selindung di hati tersirat maknanya…
dapat dirasa pedihnya bersama…
setelah diharung bertahun lamanya…
akhirnya kesabaran teruji jua…
bila perpisahan menuntut janjinya…



Ya Tuhan…
jadikan aku redha…
dengan-Mu dan dirinya…
ingin dirungkai segalanya…
namun terasa tiada gunanya…
kuhimpun kekuatan yang masih tersisa…
kulafazkan syukur kepada yang masih ada…
ukhuwah ini batu penanda…
akan sejarah yang pernah dicipta…
andai berakhir kesudahannya…
kupohon ganti yang sebaik dirinya…
biar hidupnya tenang sempurna…
bahagia hingga ke akhirat sana…
segalanya dari –Mu jua…
jadikanlah aku redha…amin...

Temanku…
Carilah cintaku dalam cintaNya..
Kerana cintaku ada padaNya..
Cintaimu kerana agamamu,
Hilangnya dari dirimu,
Maka hilanglah cintaku padamu..
 

Syukur….
UdaraMu masih memenuhi setiap inci tubuhku,
Rasanya jauh tapi itulah Engkau di sebalik penciptaanMu.

Monday 20 June 2011

A NEW START

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang
Moga ini menjadi medan kerehatan dan lapangan cetusan idea dan rasa buat manfaat semuanya inshaallah. 
=)