(^_^)

(^_^)
Hati Hidup Jika BersamaNYA

Monday 25 July 2011

Muhasabah Diri




Bismillahirrahmanirrahim.
.
(lebih kurang sama dari entry yang lepas,cuma ada sedikit penambah baikkan,moga membacanya dengan sifat ingin tahu dan belajar,seperti seorang pengemis yang sudah tidak makan berbulan-bulan lamanya,dan berdoa supaya Allah berikan makanan kepadnya,moga Allah berikan kita faqqih dalam beragama,insyallah ameen)

"Mengemislah pada Allah,jangan pada manusia"

Segala kehebatan dan kekuasaan hanya ada padaNya,setiap yang berlaku manis pahit,senang susah semuanya adalah nikmat ujian dariNya..Frankly speaking,agak serabut lately,byk benda duk fikir,dgn kerja penutur jati la,Miss Fay,Mr Oliver,kitab2 yang beli yang xmampu nak dibaca la,iman yang tunggang terbalik,naik turun,adik yang kalut nak sambung belajar,ikhwanul muslimin vs ahlul sunnah waljamaah,tabligh itu bidaah atau benar dan macam2 lagi la..sampaikan terbawa-bawa dalam solat,hinggakan tengah mandi pun fikirkan..bukan apa,risau dengan iman,muhasah diri sendiri yang terlalu gersang,dahaga dan lapar dengan tarbiyah tapi langsung xda usaha, Cuma sikit2 je…malu pada Allah..

Nak dijadikan ceritakan,aku ada berdebat dengan seorang mamat ni,dia ada buat usaha dakwah,ikut jemaah tabligh(JT) tapi dah stop sebab berdasarkan ilmu yang dia pelajar,mengikut dalil2 dan nas2 yang dia belajar,dia dapati JT bidaah…dan disertakanla terus dalil2 nya utk melambangkan dia ni seorang yang mengaji agama,bukan main serkap jarang tuduh jer..aku respect cuz dia berani berhujah dengan ilmu agama yg dia belajar tapi masih tercalit sifat2 berbangga diri dan rasa yakin dengan kemampuan diri sendiri secara hakikatnya…bagaikan dia yakin dengan jawapannya yan diberikan,akan membuka simpulan yang kusut d kepalaku…padahal semuanya datang dari Allah dan kamu langsung tidak mampu utk memberikan kefahaman kepadaku bahkan tidak akan pernah bias berbuat demikian..

Mari sejenak berfikir bersama,bila Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi rasul,penduduk mekah kafir musyrik menafikan dan menolak sama sekali kerna membawa agama bertentangan dengan agama nenek moyang mereka…malah diantara alasan yang mereka bagi jika dikaji sirah nabi, “kenapa tidak dipilih nabi dari kalangan pemerintah”, dipilih dari kalangan kabilah yang kaya-raya,berpangkat,orang yang hebat2 kenamaan,BERILMU TINGGI tetapi  nabi yang dipilih Allah hanyalah seorang budak yang ummi,tidak tahu membaca dan menulis…

           Kenapa dan kenapa ya tuan-tuan,kerna pilihan ini adalah kehendakNya,di bawah iradatNya,perintahNya yang dariNya yang satu dan dijadikan yang lain dan akhirnya mematikan yang lain dan tinggallah Dia yang satu…kisah ini pun cukup banyak bawa seribu satu ibrah yang boleh dipelajarinya…hidayah dan rahmat itu milik Allah dan teringat aku pada satu kisah..

Seorang yang kuat beribadah,siang dan malam,solat puasa dan lain2 kebajikan semuanya terjaga rapi sampai la pada suatu masa disaat beliau meninggal..Datang satu malaikat menyuruhnya masuk ke syurga dengan rahmat Allah..tetapi dia membantah dan terus bertanyakan, ‘Kenapa aku masuk syurga dengan rahmat Allah sedangkan aku solat,puasa dan amalanku banyak ketika di dunia..jawab si malaikat, ‘Amalanmu yang sedemikian rupa tidak mampu utk membayar walaupun nikmat hanya sebelah mata’ dan masuknya kamu ke syurga hanyalah dengan rahmat Allah,kasihnya Allah kepadamu…

Ingat tuan2,ilmu yang kita belajar,amalan yang kita lakukan tidak menjamin kita akan ke syurgaNya..kerna ikhlas itu hanya milik Allah dan tidak langsung boleh diukur umat manusia..

Tahukah kamu dengan hadis ini,

          Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

            Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

           Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

           Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

             Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

           Dan bukan itu saja, ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar. Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Dan masih banyak lagi hadith2 fadhilat amal berkaitan dengan bab solat berjemaah..

Tetapi aku nak ajak diri sendiri yang dhaif ini dan semua yang lain berfikir,berapa ramai yang baca hadith ini,malah tahu hadith ini,malah ada yang turut sampaikan hadith ini tetapi tak dapat amalkan sunnah nabi kita ini…kerna apa,adakah tidak tahu,adakah tidak mampu,adakah belum sampai masa,alasan itu alasan ini,sedangkan ramai yang aku perhatikan termasuk ustaz-ustaz dan imam sendiri pun kadang2 xmampu utk amalkan dengan istiqomah walaupun mereka tahu penting dan besar fadhilatnya…bukan kerna jahil ilmu malah berjuta kali lebih pandai dari aku tetapi masih tidak mampu utk amalkan secara istiqomah(aku pun xmampu juga)…

Sedangkan dalam surah  Az-Zumar ( 39: 9) " Adakah sama antara orang2 yang berilmu dengan orang2 yang tidak berilmu?

Dan pak2 ustaz sememangnya byk ilmu,para hafiz,alim ulamak tetapi masih tidak mampu amalkan secara istiqomah…kenapa?

Bukan nak kutuk sapa2 cuma mahu ajak berfikir,fikir atas iman,muhasabah diri terutamanya diri aku sendiri,kerna semuanya ini berkait rapat dengan iman…

Orang yang berilmu sepatutnya makin takut dengan ilmu agama yang dipelajarinya kerna setiap satunya akan dihisab Allah,satu persatu akan ditanya dan buatkan kita makin tawadhuk takut pada Allah…

Tahukah tuan di barat sana,para paderi,cendakiawan,para ilmuan di sana mereka mengkaji islam sampai di peringakt PHD,malah ramai di antara mereka yang lebih hebat ilmu sorof,nahu,al quran tapi tidak juga diberikan hidayah iman dan islam pada diri mereka…malahan mereka gunakan ilmu yang mereka pelajari utk hancurkan Islam..mereka lebih hebat tinggi ilmu pengajian Islam dan berapa ramai yahudi dan nasrani yang hebat dalam bahasa Arab tapi tidak juga dikurniakan hidayah iman dan Islam..

Dan takutlah pada Allah dan sentiasa muhasabahlah di atas segala ilmu yang kita pelajari,jangan sampai ianya hanya ilmu,kebaikan,amalan kebajikan dan sunat2 yang dituntut kita lakukan kerana ingin hebat di mata manusia,inginkan dipuji,diangkat,dikatakan hebat dan saat jumpanya dengan Allah,akan diseret mukamu dan dicampak kan ke dalam api nereka kerna niat kita yang salah…

Yakinlah dengan iman yang betul..jauh dari sudut hati aku bukan utk menyalahkan pada sesiapa dan bukan bangkang atau tentang utk tuntut ilmu tapi muhasabahlah dengan ilmu yang dituntut..muhasabah dan hisablah dirimu sebelum kamu dihisab olehNya nnt…

Cuba fikir,kenapa rukun islam itu pertamanya mengucap dua kalimah syahadah dan barulah solat 5 waktu sehari semalam…bukan amal buat dengan perbuatan dulu tapi yakin,iman pada Allah dahulu,kalau iman dah betul,letakkan yakin pada tempatnya,hanya yakin pada Allah dan barulah,sembahyang kita akan khusyuk dan khuduk…bukan hanya utk dilihat orang dan bukan sebab dunia tapi hanya semata mata kerana Allah…

Dalam Al-hikam karangan ibn Ataillah,kata ulamak”Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui”

Akhir kata,ilmu itu wajib dituntut,kerna tanpa ilmu tiada cahaya,tanpa cahaya tiada panduan dan kita akan tersesat jalan..beramal biarlah dengan ilmu tetapi janganlah bongkak dan sombong dan rasakan diri hebat dengan berilmu,tetapi rendahkan diri kerana takut pada Allah…dan ingatlah,merendahkan diri tidak bermakna kamu rendah darjah tetapi itulah ikram muslimin iaitu memuliakan saudara semuslim dengan kita..sepertimana terjadinya muhajirin dan ansar…

Dan setakut yang aku belajar,tadabbur dan mengaji,rasanya tidak jumpa lagi walaupun satu ayat dalam Al-Quran Allah jamin seorang manusia itu dijamin masuk syurga kerana ilmunya tetapi banyak kali jumpa dan Allah jamin mereka yang beriman,yg ada iman dijamin masuk syurga olehNya…

Aseef dan maaf pada mana yang xberkenan tapi terpaksa aku tulis juga…moga semuanya kerna Allah…dan mungkin byk lemah dan silapnya kerna aku hanya seorang manusia…wallahua’lam…
Kutinggalkan perkongsian cerita ini utk kita fikir:

Seorang  budak kecil yang dipilih oleh raja untuk mewarisi ilmu sihir negara ttp akhirnya dia belajar ilmu agama dari seorang Alim pd masa tu.Dia kemudian diuji oleh Allah dan mendapat keyakinan dengan ilmunya.Dia kemudian mendakwahkan agama kepada org ramai akhirnya diketahui oleh raja. Lalu dihukum bunuh kedua-duanya.Yang peliknya si guru mati ttp anak murid hidup dan mendapat bantuan dari Allah setiap kali dibunuh.Sepatutnya gurulah yg tak mati kerana guru punyai ilmu lebih dari anak muridnya...Akhir sekali dia(budak) membuka rahsia cara membunuhnya dengan syrat raja kena mengakui yg mematikannya adalah ALLAH..akhirnya semua rakyat beriman kepada Allah...Itulah hakikat DAKWAH...Katakanlah wahai Muhammad " Inilah jalanku, iaitu menyeru manusia kepada Allah,atas mata basirah. Aku dan pengikutku....( erti sepotong ayat Al-quran )...Matlamat  adalah mengenali Allah..mengakui diri ini lemah, tak ada apa2...Tinggi manapun ilmu semuanya milik Allah...Banyak manapun harta semua milik Allah..Sepandai manapun kita semuanya milik Allah..



Rahmat Allah




Bismillahirrahmanirrahim..

Segala kehebatan dan kekuasaan hanya ada padaNya,setiap yang berlaku manis pahit,senang susah semuanya adalah nikmat ujian dariNya..Frankly speaking,agak serabut lately,byk benda duk fikir,dgn kerja penutur jati la,Miss Fay,Mr Oliver,kitab2 yang beli yang xmampu nak dibaca la,iman yang tunggang terbalik,naik turun,adik yang kalut nak sambung belajar,ikhwanul muslimin vs ahlul sunnah waljamaah,tabligh itu bidaah atau benar dan macam2 lagi la..sampaikan terbawa-bawa dalam solat,hinggakan tengah mandi pun fikirkan..bukan apa,risau dengan iman,muhasah diri sendiri yang terlalu gersang,dahaga dan lapar dengan tarbiyah tapi langsung xda usaha, Cuma sikit2 je…malu pada Allah..

Nak dijadikan ceritakan,aku ada berdebat dengan seorang mamat ni,dia ada buat usaha dakwah,ikut jemaah tabligh(JT) tapi dah stop sebab berdasarkan ilmu yang dia pelajar,mengikut dalil2 dan nas2 yang dia belajar,dia dapati JT bidaah…dan disertakanla terus dalil2 nya utk melambangkan dia ni seorang yang mengaji agama,bukan main serkap jarang tuduh jer..aku respect cuz dia berani berhujah dengan ilmu agama yg dia belajar tapi masih tercalit sifat2 berbangga diri dan rasa yakin dengan kemampuan diri sendiri secara hakikatnya…

Mari sejenak berfikir bersama,bila Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi rasul,penduduk mekah kafir musyrik menafikan dan menolak sama sekali kerna membawa agama bertentangan dengan agama nenek moyang mereka…malah diantara alasan yang mereka bagi jika dikaji sirah nabi,kenapa tidak dipilih dari kalangan pemerintah,dipilih dari kalangan kabilah yang kaya-raya,berpangkat,orang yang hebat2 kenamaan,BERILMU TINGGI tetapi dari seorang budak yang ummi,tidak tahu membaca dan menulis…
Kenapa dan kenapa tuan-tuan,kerna pilihan ini adalah kehendakNya,yang bawa seribu satu ibrah yang boleh dipelajarinya…hidayah dan rahmat itu milik Allah dan teringat aku pada satu kisah..

Seorang yang kuat beribadah,siang dan malam,solat puasa dan lain2 kebajikan semuanya terjaga rapi sampai la pada suatu masa disaat beliau meninggal..Datang satu malaikat menyuruhnya masuk ke syurga dengan rahmat Allah..tetapi dia membantah dan terus bertanyakan, ‘Kenapa aku masuk syurga dengan rahmat Allah sedangkan aku solat,puasa dan amalanku banyak ketika di dunia..jawab si malaikat, ‘Amalanmu yang sedemikian rupa tidak mampu utk membayar walaupun nikmat hanya sebelah mata’ dan masuknya kamu ke syurga hanyalah dengan rahmat Allah,kasihnya Allah kepadamu…

Ingat tuan2,ilmu yang kita belajar,amalan yang kita lakukan tidak menjamin kita akan ke syurgaNya..kerna ikhlas itu hanya milik Allah dan tidak langsung boleh diukur umat manusia..
Tahukah kamu dengan hadis ini,

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

           Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

        Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah). Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).
Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

Dan masih banyak lagi hadith2 fadhilat amal berkaitan dengan bab solat berjemaah..

Tetapi aku nak ajak diri sendiri yang dhaif ini dan semua yang lain berfikir,berapa ramai yang baca hadith ini,malah tahu hadith ini,malah ada yang turut sampaikan hadith ini tetapi tak dapat amalkan sunnah nabi kita ini…kerna apa,adakah tidak tahu,adakah tidak mampu,adakah belum sampai masa,alasan itu alasan ini,sedangkan ramai yang aku perhatikan termasuk ustaz-ustaz dan imam sendiri pun kadang2 xmampu utk amalkan dengan istiqomah walaupun mereka tahu penting dan besar fadhilatnya…bukan kerna jahil ilmu malah berjuta kali lebih pandai dari aku masih tidak mampu utk amalkan secara istiqomah(aku pun xmampu juga)…

Sedangkan dalam surah  Az-Zumar ( 39: 9) " Adahkah sama antara orang2 yang berilmu dengan orang2 yang tidak berilmu?

Dan pak2 ustaz sememangnya byk ilmu,para hafiz,alim ulamak tetapi masih tidak mampu amalkan secara istiqomah…kenapa?

Bukan nak kutuk sapa2 Cuma mahu ajak berfikir,fikir atas iman,muhasabah diri terutamanya diri aku sendiri,kerna semuanya ini berkait rapat dengan iman…

Orang yang berilmu sepatutnya makin takut dengan ilmu agama yang dipelajarinya kerna setiap satunya akan dihisab Allah,satu persatu akan ditanya dan buatkan kita makin tawadhuk takut pada Allah…

Tahukah tuan di barat sana,para paderi,cendakiawan,para ilmuan di sana mereka mengkaji islam sampai di peringakt PHD,malah ramai di antara mereka yang lebih hebat ilmu sorof,nahu,al quran tapi tidak juga diberikan hidayah iman dan islam pada diri mereka…malahan mereka gunakan ilmu yang mereka pelajari utk hancurkan Islam..mereka lebih hebat tinggi ilmu pengajian Islam dan berapa ramai yahudi dan nasrani yang hebat dalam bahasa Arab tapi tidak juga dikurniakan hidayah iman dan Islam..

Dan takutlah pada Allah dan sentiasa muhasabahlah di atas segala ilmu yang kita pelajari,jangan sampai ianya hanya ilmu,kebaikan,amalan kebajikan dan sunat2 yang dituntut kita lakukan kerana ingin hebat di mata manusia,inginkan dipuji,diangkat,dikatakan hebat dan saat jumpanya dengan Allah,akan diseret mukamu dan dicampak kan ke dalam api nereka kerna niat kita yang salah…

Yakinlah dengan iman yang betul..jauh dari sudut hati aku bukan utk menyalahkan pada sesiapa dan bukan bangkang atau tentang utk tuntut ilmu tapi muhasabahlah dengan ilmu yang dituntut..muhasabah dan hisablah dirimu sebelum kamu dihisab olehNya nnt…

Cuba fikir,kenapa rukun islam itu pertamanya mengucap dua kalimah syahadah dan barulah solat 5 waktu sehari semalam…bukan amal buat dengan perbuatan dulu tapi yakin,iman pada Allah dahulu,kalau iman dah betul,letakkan yakin pada tempatnya,hanya yakin pada Allah dan barulah,sembahyang kita akan khusyuk dan khuduk…bukan hanya utk dilihat orang dan bukan sebab dunia tapi hanya semata mata kerana Allah…

Aseef dan maaf pada mana yang xberkenan tapi terpaksa aku tulis juga…moga semuanya kerna Allah…dan mungkin byk lemah dan silapnya kerna aku hanya seorang manusia…wallahua’lam…byk lagi nak tulis tapi nak balik buka puasa... :)


Thursday 21 July 2011

Cinta Akhirnya Benci



"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."

( QS. Az Zukhruf 43:67 )


Salah bercinta atau jahil ilmu..
Ilmu itu bagaikan nur yang menerangai kegelapan.
Jahil ilmu,membawa kepada kesesatan
Sesat yang akhirnya membawa ke neraka..


        Tiba-tiba terlintas tadabbur quran dalam Bumi Cinta karangan Pak Habib yang rasanya insyallah akan dapat byk manfaat jika dibaca dan diambil pengajaran..
Senang utk dimulakan jika bermula dari rumah iaitu keluarga.Seorang suami yang mahukan isterinya berhias cantik dan diberikan kemewahan wang ringgit utk ke spa,facial dan seangkatan dengannya asalkan cantik penampilannya dan akan terangkatlah hidung mereka jika dipuji orang sekeliling..Dan berbagai cara lagi si suami memewahkan si isteri sebagai bukti lambang kasih sayang yang terpatri di hati..Dan begitu juga seorang anak dibelikan apa sahaja dan dibawakan ke negara segenap pelusok dunia oleh ayah ibu tersayang sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..Tapi betulkah begini caranya?.....


        Kawan kepada kawan,sayangnya mmg sukar dijangka,malah sanggup bertikam pisau jika kawan dicederakan walaupun sesama saudara semuslim,angkaranya ialah kerana berebut kawasan,berebut kuasa,nama,pangkat,wanita dan banyak lagi la..kadang2 jawabnya hanyalah semata-mata kerana semangat setiakawan yang tinggi…Butanya hati kita bila agama tidak diamalkan secara keseluruhan dalam kehidupan dan hanya memilih mana yang senang dan tinggal mana yang tidak berkenan…
Ingatlah manusia,adanya kita adalah utk akhirat kerena penghidupan kita yang kekal dan hakiki hanya di dunia sana..suami,isteri,anak2,kawan dan ikatan yang terbina bukan hanya baik dunia tapi akhirat sana yang perlu kita jaga…janganlah kita menipu dalam berkasih sayang,sayang di dunia bagaikan menatang minyak yang penuh tapi di akhirat dialah musuh dan pencuri amal kebaikan kita…Jangalah kerananya menjadi asbab utk k ita ke nerakaNya…wanau’zubillahi minzalik…


        Aku terkilan bila melihat anak remaja yang dilamun cinta tenggelam dengan buaian syaitan dan nafsu..kata saling cinta menyintai,bagaikan diberikan segalanya utk buktikan cinta yang wujud dalam hati tapi akhirnya menjadi virus yang menyerang diri…perasaan cinta itu adalah fitrah dan setiap yang fitrah pasti ada saluran yang betul,pendek kata tunjuk ajarnya telah diberikan Rasulullah iaitu manusia yang paling hebat dalam cintanya…elakkan bercinta mengikut kehendak hati,kerna ia membawa kepada sesat dalam hutan cinta…

Bercintalah mengikut apa yang dianjurkan syariat,kerna setiap cinta kita akan dihisab olehNya nanti…

BIARLAH KITA BERCINTA HINGGA KE SYURGANYA…
WALLAHUA’LAM

Tuesday 12 July 2011

Mulut Hidup,Hati Mati

Surah Al-Baqarah [45] - And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive [to Allah ] ..
'mintalah pertolongan dengan sabar dan solat'

dats the solution...have faith..yakinlah dengan janjiNya...
dahaga sgt:iman lemah sgt...malu pada Allah,malu pada awak.. :(




Mulut Hidup, Hati Mati

Banyak berkata-kata yang sia-sia
Membawa banyak dosa,
Banyak dosa tempatnya adalah neraka…
Banyak amal buatkan kita makin tunduk,rendah diri,takut dan takwa padaNya
Dan bila langgar perintahNya,hati makin jauh denganNya..
Hati itu mati bila tiada zikir,ingat padaNya…
Dan hati yang hidup itu setiap detik zikir dan ingat padaNya…
Iman itu turun dan naik
Kerna itu perlukan istiqomah..
Kerna walaupun sekecil mana amalan jika istiqomah,
Amat besar di sisiNya..
Mulutku selalu berjuang bercakap dengan kebenaran,
Tetapi hatiku sendiri amat licin untuk pegangnya..
Segala kebaikan yang berlaku,
Semuanya adalah atas ihsan,belas dan rahmatNya..
Dan masuknya syurga seorang muslim itu adalah kerna rahmatNya..
Dan bukan kerna amalannya semata-mata…
Tetapi ingatlah,untuk mendapat hidayahNya,
Usaha itu perlu melalui amalan yang ditunjukkan Muhammad s.a.w.
Kerna itu tandanya kita hamba,
Yang punya banyak kelemahan,
Dan akan pulang padaNya….

Tuesday 5 July 2011

Iman Itu Yakin




        Beriman itu yakin dengan sebenar-benar yakin hanya pada Allah dan tiada satu pun makhluk yang dapat bagi manfaat atau mudharat tanpa izin Allah s.w.t. Setiap yang berlaku dan yang akan berlaku,makhluk yang berhajat dan berkehendak padaNya dan Allah langsung tidak berhajat pada hambaNya…

           Ramai yang beragama tetapi tidak mendapat kejayaan dalam kehidupan.Dan ramai yang beragama semata-mata hanya kerana ikutan dan bukannya anutan.Kerna kita langsung tidak yakin dengan apa yang kita sembah,dengan amalan seharian dan dengan perkara ghaib terutamanya hidayah dan rahmat Allah s.w.t.Bila akhirat itu hanya ditangan,boleh dicampak dan diambil bila mahu dan dunia sudah di hati,bersenang-lenang dengan nikmat dunia,saat itulah maksiat dan fitnah dunia menjadi malapetaka..

       Dan mungkin kerna inilah yang kekasihNya Muhammad s.a.w menyuruh kita berfikir,aku tidak risau jika umatku dilanda kemiskinan dunia,tetapi aku takut dan risau bila nikmat dunia sudah mulai masuk ke dalam hatinya..

     Jika punyai keyakinan hati yang salah,segala yang kita zahirkan melalui niat,mulut dan perbuatan pun turut tergendala.Kerna ia berkait rapat dengan iman (yakin)..

“Ayah jika abang dapat no 1,ayah belikan basikal ya”
“Ibu,jika Rabiatul dapat 10 A SPM nnt,ibu hantarkan sambung belajar ke mesir ya”
“Abi,Adawiyah dapat 8A PMR,abi janji nak bawak pergi Australia”

          Dan kebanyakan apa yang anak2 hajatkan akan dipenuhi ataupun akan diganti dengan setimpalnya..
Mungkin dengan caranya inilah kita membunuh keyakinan mereka…merosakkan iman mereka..supaya yakin dengan setiap kejayaan yang mereka peroleh akan disempurnakan oleh kita(ibu bapa)..Ya,sepertinya kitalah yang mengabulkannya…dan situasinya terus berulang dari anak ketika kecil hinggalah cara yang sama mereka mendidik anak-anaknya nanti…

        Ingatlah,kita tidak punyai apa-apa..sedangkan kita yang rasanya seperti berkemampuan utk memberikan sesuatu tetapi hakikatnya kita perlu berhajat utk meminta izin dgnNya…usah diajar anak berhajat pada kita kerna kita pun perlu berhajat padaNya utk menyempurnakan permintaan itu..tetapi siramilah hati mereka supaya berhajat terus pada Al-Khaliq …

‘Umi,Hadi dapat no 1,umi janji nak belikan kereta kebal’
‘Anakku,pohon dan mintalah dengan Allah,kerna yang memberikan sesuatu itu bukan umimu,tetapi semuanya dari Allah,mungkin perantaraannya adalah umi,ya melalui umi sebagai asbabnya…lagipun umi risau jika dijemputNya pulang dahulu sebelum sempat mengabulkan permintaanmu dan kamu akan menunututnya di akhirat nanti…

    Inilah tarbiyah dan inilah didikan keyakinan yang kita perlu terapkan pada mereka…
Dan bukan ini sahaja malah di semua segenap seluruh kehidupan kita supaya meletakkan yakin di tempat yang betul..Yakinla setiap apa yang berlaku hanya dengan izinNYA..
Dan begitulah fenomenanya yang sering berlaku di alam pendidikan (kerna diriku pendidik) dan pada fikiran aku mungkin kerna faktor inilah turut menyumbangkan kerosakan akhlak,maksiat,fitnah,gejala sosial dan pembuangan bayi..

‘Kamu buat betul2 dalam SPM,kerna SPM itu adalah nyawa dan anak kunci kehidupan..berjaya kamu dalam SPM dapatlah sambung belajar utk kerja bagus2 nnt,tapi jika kamu gagal maka habislah masa depanmu’

         Dan banyak lagi yang sepertinya,di dalam peperiksaan lain2..sepertinya SPM itulah yang memberikan rezeki dan kejayaan hidup padanya.Dan kerana engkaulah guru yang menyuntik darah kotor sebegitu maka hitam dan kelamlah masa depan anak didikmu jika aku gagal nanti…semuanya diulang hari ke hari sebelum peperiksaan menjelma,lagi dan lagi,lagi dan lagi hinggakan anak didik yang serba tidak lulus pun mula percaya yang SPM itu yang akan menentukan masa depannya…Dan akhirnya dek keputusan gagal yang menimpa diri,maka dirasakan kelabulah dunianya…kerna engkaulah insan yang menanamkan yakin yang silap dalam diri mereka…

      Yakinla,kejayaan hanya terlatak dalam agama,sejauh mana kita perintah Allah,tinggalkan laranganNya dan amalkan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. dan di situlah terletak hakikat kejayaan yang sebenar…

Wallahu’alam bissowab…