(^_^)

(^_^)
Hati Hidup Jika BersamaNYA

Monday 25 July 2011

Muhasabah Diri




Bismillahirrahmanirrahim.
.
(lebih kurang sama dari entry yang lepas,cuma ada sedikit penambah baikkan,moga membacanya dengan sifat ingin tahu dan belajar,seperti seorang pengemis yang sudah tidak makan berbulan-bulan lamanya,dan berdoa supaya Allah berikan makanan kepadnya,moga Allah berikan kita faqqih dalam beragama,insyallah ameen)

"Mengemislah pada Allah,jangan pada manusia"

Segala kehebatan dan kekuasaan hanya ada padaNya,setiap yang berlaku manis pahit,senang susah semuanya adalah nikmat ujian dariNya..Frankly speaking,agak serabut lately,byk benda duk fikir,dgn kerja penutur jati la,Miss Fay,Mr Oliver,kitab2 yang beli yang xmampu nak dibaca la,iman yang tunggang terbalik,naik turun,adik yang kalut nak sambung belajar,ikhwanul muslimin vs ahlul sunnah waljamaah,tabligh itu bidaah atau benar dan macam2 lagi la..sampaikan terbawa-bawa dalam solat,hinggakan tengah mandi pun fikirkan..bukan apa,risau dengan iman,muhasah diri sendiri yang terlalu gersang,dahaga dan lapar dengan tarbiyah tapi langsung xda usaha, Cuma sikit2 je…malu pada Allah..

Nak dijadikan ceritakan,aku ada berdebat dengan seorang mamat ni,dia ada buat usaha dakwah,ikut jemaah tabligh(JT) tapi dah stop sebab berdasarkan ilmu yang dia pelajar,mengikut dalil2 dan nas2 yang dia belajar,dia dapati JT bidaah…dan disertakanla terus dalil2 nya utk melambangkan dia ni seorang yang mengaji agama,bukan main serkap jarang tuduh jer..aku respect cuz dia berani berhujah dengan ilmu agama yg dia belajar tapi masih tercalit sifat2 berbangga diri dan rasa yakin dengan kemampuan diri sendiri secara hakikatnya…bagaikan dia yakin dengan jawapannya yan diberikan,akan membuka simpulan yang kusut d kepalaku…padahal semuanya datang dari Allah dan kamu langsung tidak mampu utk memberikan kefahaman kepadaku bahkan tidak akan pernah bias berbuat demikian..

Mari sejenak berfikir bersama,bila Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi rasul,penduduk mekah kafir musyrik menafikan dan menolak sama sekali kerna membawa agama bertentangan dengan agama nenek moyang mereka…malah diantara alasan yang mereka bagi jika dikaji sirah nabi, “kenapa tidak dipilih nabi dari kalangan pemerintah”, dipilih dari kalangan kabilah yang kaya-raya,berpangkat,orang yang hebat2 kenamaan,BERILMU TINGGI tetapi  nabi yang dipilih Allah hanyalah seorang budak yang ummi,tidak tahu membaca dan menulis…

           Kenapa dan kenapa ya tuan-tuan,kerna pilihan ini adalah kehendakNya,di bawah iradatNya,perintahNya yang dariNya yang satu dan dijadikan yang lain dan akhirnya mematikan yang lain dan tinggallah Dia yang satu…kisah ini pun cukup banyak bawa seribu satu ibrah yang boleh dipelajarinya…hidayah dan rahmat itu milik Allah dan teringat aku pada satu kisah..

Seorang yang kuat beribadah,siang dan malam,solat puasa dan lain2 kebajikan semuanya terjaga rapi sampai la pada suatu masa disaat beliau meninggal..Datang satu malaikat menyuruhnya masuk ke syurga dengan rahmat Allah..tetapi dia membantah dan terus bertanyakan, ‘Kenapa aku masuk syurga dengan rahmat Allah sedangkan aku solat,puasa dan amalanku banyak ketika di dunia..jawab si malaikat, ‘Amalanmu yang sedemikian rupa tidak mampu utk membayar walaupun nikmat hanya sebelah mata’ dan masuknya kamu ke syurga hanyalah dengan rahmat Allah,kasihnya Allah kepadamu…

Ingat tuan2,ilmu yang kita belajar,amalan yang kita lakukan tidak menjamin kita akan ke syurgaNya..kerna ikhlas itu hanya milik Allah dan tidak langsung boleh diukur umat manusia..

Tahukah kamu dengan hadis ini,

          Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).

            Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

           Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

           Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).

             Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

           Dan bukan itu saja, ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar. Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.

Dan masih banyak lagi hadith2 fadhilat amal berkaitan dengan bab solat berjemaah..

Tetapi aku nak ajak diri sendiri yang dhaif ini dan semua yang lain berfikir,berapa ramai yang baca hadith ini,malah tahu hadith ini,malah ada yang turut sampaikan hadith ini tetapi tak dapat amalkan sunnah nabi kita ini…kerna apa,adakah tidak tahu,adakah tidak mampu,adakah belum sampai masa,alasan itu alasan ini,sedangkan ramai yang aku perhatikan termasuk ustaz-ustaz dan imam sendiri pun kadang2 xmampu utk amalkan dengan istiqomah walaupun mereka tahu penting dan besar fadhilatnya…bukan kerna jahil ilmu malah berjuta kali lebih pandai dari aku tetapi masih tidak mampu utk amalkan secara istiqomah(aku pun xmampu juga)…

Sedangkan dalam surah  Az-Zumar ( 39: 9) " Adakah sama antara orang2 yang berilmu dengan orang2 yang tidak berilmu?

Dan pak2 ustaz sememangnya byk ilmu,para hafiz,alim ulamak tetapi masih tidak mampu amalkan secara istiqomah…kenapa?

Bukan nak kutuk sapa2 cuma mahu ajak berfikir,fikir atas iman,muhasabah diri terutamanya diri aku sendiri,kerna semuanya ini berkait rapat dengan iman…

Orang yang berilmu sepatutnya makin takut dengan ilmu agama yang dipelajarinya kerna setiap satunya akan dihisab Allah,satu persatu akan ditanya dan buatkan kita makin tawadhuk takut pada Allah…

Tahukah tuan di barat sana,para paderi,cendakiawan,para ilmuan di sana mereka mengkaji islam sampai di peringakt PHD,malah ramai di antara mereka yang lebih hebat ilmu sorof,nahu,al quran tapi tidak juga diberikan hidayah iman dan islam pada diri mereka…malahan mereka gunakan ilmu yang mereka pelajari utk hancurkan Islam..mereka lebih hebat tinggi ilmu pengajian Islam dan berapa ramai yahudi dan nasrani yang hebat dalam bahasa Arab tapi tidak juga dikurniakan hidayah iman dan Islam..

Dan takutlah pada Allah dan sentiasa muhasabahlah di atas segala ilmu yang kita pelajari,jangan sampai ianya hanya ilmu,kebaikan,amalan kebajikan dan sunat2 yang dituntut kita lakukan kerana ingin hebat di mata manusia,inginkan dipuji,diangkat,dikatakan hebat dan saat jumpanya dengan Allah,akan diseret mukamu dan dicampak kan ke dalam api nereka kerna niat kita yang salah…

Yakinlah dengan iman yang betul..jauh dari sudut hati aku bukan utk menyalahkan pada sesiapa dan bukan bangkang atau tentang utk tuntut ilmu tapi muhasabahlah dengan ilmu yang dituntut..muhasabah dan hisablah dirimu sebelum kamu dihisab olehNya nnt…

Cuba fikir,kenapa rukun islam itu pertamanya mengucap dua kalimah syahadah dan barulah solat 5 waktu sehari semalam…bukan amal buat dengan perbuatan dulu tapi yakin,iman pada Allah dahulu,kalau iman dah betul,letakkan yakin pada tempatnya,hanya yakin pada Allah dan barulah,sembahyang kita akan khusyuk dan khuduk…bukan hanya utk dilihat orang dan bukan sebab dunia tapi hanya semata mata kerana Allah…

Dalam Al-hikam karangan ibn Ataillah,kata ulamak”Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah akan mewariskannya ilmu apa yang dia tidak ketahui”

Akhir kata,ilmu itu wajib dituntut,kerna tanpa ilmu tiada cahaya,tanpa cahaya tiada panduan dan kita akan tersesat jalan..beramal biarlah dengan ilmu tetapi janganlah bongkak dan sombong dan rasakan diri hebat dengan berilmu,tetapi rendahkan diri kerana takut pada Allah…dan ingatlah,merendahkan diri tidak bermakna kamu rendah darjah tetapi itulah ikram muslimin iaitu memuliakan saudara semuslim dengan kita..sepertimana terjadinya muhajirin dan ansar…

Dan setakut yang aku belajar,tadabbur dan mengaji,rasanya tidak jumpa lagi walaupun satu ayat dalam Al-Quran Allah jamin seorang manusia itu dijamin masuk syurga kerana ilmunya tetapi banyak kali jumpa dan Allah jamin mereka yang beriman,yg ada iman dijamin masuk syurga olehNya…

Aseef dan maaf pada mana yang xberkenan tapi terpaksa aku tulis juga…moga semuanya kerna Allah…dan mungkin byk lemah dan silapnya kerna aku hanya seorang manusia…wallahua’lam…
Kutinggalkan perkongsian cerita ini utk kita fikir:

Seorang  budak kecil yang dipilih oleh raja untuk mewarisi ilmu sihir negara ttp akhirnya dia belajar ilmu agama dari seorang Alim pd masa tu.Dia kemudian diuji oleh Allah dan mendapat keyakinan dengan ilmunya.Dia kemudian mendakwahkan agama kepada org ramai akhirnya diketahui oleh raja. Lalu dihukum bunuh kedua-duanya.Yang peliknya si guru mati ttp anak murid hidup dan mendapat bantuan dari Allah setiap kali dibunuh.Sepatutnya gurulah yg tak mati kerana guru punyai ilmu lebih dari anak muridnya...Akhir sekali dia(budak) membuka rahsia cara membunuhnya dengan syrat raja kena mengakui yg mematikannya adalah ALLAH..akhirnya semua rakyat beriman kepada Allah...Itulah hakikat DAKWAH...Katakanlah wahai Muhammad " Inilah jalanku, iaitu menyeru manusia kepada Allah,atas mata basirah. Aku dan pengikutku....( erti sepotong ayat Al-quran )...Matlamat  adalah mengenali Allah..mengakui diri ini lemah, tak ada apa2...Tinggi manapun ilmu semuanya milik Allah...Banyak manapun harta semua milik Allah..Sepandai manapun kita semuanya milik Allah..



No comments: