(^_^)

(^_^)
Hati Hidup Jika BersamaNYA

Thursday 21 July 2011

Cinta Akhirnya Benci



"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."

( QS. Az Zukhruf 43:67 )


Salah bercinta atau jahil ilmu..
Ilmu itu bagaikan nur yang menerangai kegelapan.
Jahil ilmu,membawa kepada kesesatan
Sesat yang akhirnya membawa ke neraka..


        Tiba-tiba terlintas tadabbur quran dalam Bumi Cinta karangan Pak Habib yang rasanya insyallah akan dapat byk manfaat jika dibaca dan diambil pengajaran..
Senang utk dimulakan jika bermula dari rumah iaitu keluarga.Seorang suami yang mahukan isterinya berhias cantik dan diberikan kemewahan wang ringgit utk ke spa,facial dan seangkatan dengannya asalkan cantik penampilannya dan akan terangkatlah hidung mereka jika dipuji orang sekeliling..Dan berbagai cara lagi si suami memewahkan si isteri sebagai bukti lambang kasih sayang yang terpatri di hati..Dan begitu juga seorang anak dibelikan apa sahaja dan dibawakan ke negara segenap pelusok dunia oleh ayah ibu tersayang sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..Tapi betulkah begini caranya?.....


        Kawan kepada kawan,sayangnya mmg sukar dijangka,malah sanggup bertikam pisau jika kawan dicederakan walaupun sesama saudara semuslim,angkaranya ialah kerana berebut kawasan,berebut kuasa,nama,pangkat,wanita dan banyak lagi la..kadang2 jawabnya hanyalah semata-mata kerana semangat setiakawan yang tinggi…Butanya hati kita bila agama tidak diamalkan secara keseluruhan dalam kehidupan dan hanya memilih mana yang senang dan tinggal mana yang tidak berkenan…
Ingatlah manusia,adanya kita adalah utk akhirat kerena penghidupan kita yang kekal dan hakiki hanya di dunia sana..suami,isteri,anak2,kawan dan ikatan yang terbina bukan hanya baik dunia tapi akhirat sana yang perlu kita jaga…janganlah kita menipu dalam berkasih sayang,sayang di dunia bagaikan menatang minyak yang penuh tapi di akhirat dialah musuh dan pencuri amal kebaikan kita…Jangalah kerananya menjadi asbab utk k ita ke nerakaNya…wanau’zubillahi minzalik…


        Aku terkilan bila melihat anak remaja yang dilamun cinta tenggelam dengan buaian syaitan dan nafsu..kata saling cinta menyintai,bagaikan diberikan segalanya utk buktikan cinta yang wujud dalam hati tapi akhirnya menjadi virus yang menyerang diri…perasaan cinta itu adalah fitrah dan setiap yang fitrah pasti ada saluran yang betul,pendek kata tunjuk ajarnya telah diberikan Rasulullah iaitu manusia yang paling hebat dalam cintanya…elakkan bercinta mengikut kehendak hati,kerna ia membawa kepada sesat dalam hutan cinta…

Bercintalah mengikut apa yang dianjurkan syariat,kerna setiap cinta kita akan dihisab olehNya nanti…

BIARLAH KITA BERCINTA HINGGA KE SYURGANYA…
WALLAHUA’LAM

No comments: