(^_^)

(^_^)
Hati Hidup Jika BersamaNYA

Wednesday 12 October 2011

Aku Malu Bila.....



Malu bila mudahnya melafaskan cinta padamu sayang,malah setiap detik waktu,
Tapi tidak pada Pencipta Kasih Sayang itu




Aku Malu..Maluku padaMu..
Bermula dengan malu pada manusia lebih,malu padaMu sedikit,

Aku malu dan segan bila,
Banyak masaku dengan internet(FB),
Sampai tiada masa untuk agama,
Malu bila,
Byk cerita korea,English series,kartun,movies dapat aku habiskan marathon
Berhari-hari non stop tanpa puas..
Tapi tengok quran,tidak bernafsu,nak baca,tidak mahu,
Lagi malu,
Bila byk benda dunia,sukan,ilmu dunia,pengurusan itu dan ini aku belajar dan menuntut
Tapi ilmu agama,solat,quran,dengar kuliah langsung tidakku minat,
Tersangat malu,
Hari-hari aku berpeluh main sukan,camping,travel,sanggup berhujan p dengar konsert..
Tapi tidak pernah berpeluh di jalan agama,seram sejuk untuk berhujan panas pergi belajar kitab dan dengar kuliah..
Malunya,
Fikirkan pelbagai jenis makanan untukku makan hari-hari hinggakan kedai yang jauh pun aku boleh sampai,minyak kereta belakang kira,janji puas,
Tapi masjid dan surau yang dekat  buat2 tak Nampak di depan mata…
Malu sangat,
Bila hari-hari aku Cuma fikir dan bersembang bicara soal dunia,
Soal agama,akhirat,mati langsung tak fikir..
Sungguh aku malu,
Anak-anak yatim,saudaraku yang kesusahan dalam dan luar negara sana bukan isu yang aku ambil peduli,anak saudara,sepupuku yang tidak solat bukan urusanku,tidak pernah aku ambil port…
Asalkan aku senang,aku happy dengan kawan2,bersenang linang dengan duniaku,
Lagi malu,
Aku berani bersembang pasal nak pukul dia tue,nak pukul dia ni,p naik bukit,panjat gunung yang tinggi-tinggi,bawak kereta laju-laju,langgar lampu isyarat,curi-curi  keluar malam,
Tapi takut nak bagitahu kawanku supaya kerjakan solat,puasa jangan tinggal dan quran kene slalu baca..
Malunya,
Selalu bersembang pasal bola,pasal awek,pasal games,pasal keluar p sana p sini,pasal macam2la dengan kawan dan teman-teman..
Tapi tidak pernah sembang pasal agama,pasal perbaiki iman dan amal,pasal mati dengan mereka..
Malu aku,
Bila kalah perlawanan dan kekurangan harta buatku pening stress,kemiskinan, bergaduh dengan awek buatku murung dan sedih,
Tapi airmataku tidak pernah mengalir sedih kerana fikirkan jauhnya aku dengan Tuhan,dosa aku dengan Allah,kurangnya amal utk aku bawa pulang,takutnya bila dihisabNya nanti…
Terlalu sedih,
Bila aku boleh pergi mesyurat,kursus yang jauh2 luar kawasan,bawa budak lawatan,kerna tugas,kerna pangkat,kerna duit claim,
Tapi kuliah,taklim,mesyuarat,ghast,tidak pernah aku hadir,apatah lagi keluar khuruj utk agama diri sendiri,iman sendiri…
Lagi malu,
Makanan yang mahal,buku yang tebal lagi mahal,barang-barang mekap,kereta,rumah,handphone,ipod,,ipad,gadjet yang hebat2 boleh aku beli,kasut nike,outfit adidas branded bagai,
Tapi nak beli tafsir quran,nak beli jubah,nak beli kopiah,nak beli kitab-kitab agama aku rasa sayang dan membazir sangat,
Malunya,
Aku bangga dengan Muhammad s.a.w.,pandai cakap,pandai sembang,
Tapi amalkan sunnahnya rasa kolot,rasa ketinggalan zaman,rasa segan,rasa terkebelakang dan tak up to date,akan ditertawakan..
Malu,
Bila awek lagi aku pentingkan lebih dari adik,kakak,abang,malah mak dan ayahku sendiri walhal dia masih belum halal bagiku..malah mungkin boleh datangkan mudharat padaku dan padanya nnt…tapi aku belasah jugak..


Pendek kata,
Aku tersangat malu dalam membuat suatu perkara,
Kerna hatiku dan tidak pernah tenteram bila segalanya yang aku buat bukan keranaMu..
Ruginya masaku,tenagaku,hartaku jika semuanya ikutkan nafsu..
Sungguh,aku malu dan malu dan malu,
Terfikirkanmu setiap saat dan detik,
Kerna dalam apa sahaja yang aku buat,
Engkau terlalu dekat denganku,tidak pernah meninggalkanku,
Lebih dekat dari urat tengkuk ku sendiri…
Kerna dariMu aku hadir,dan kepadaMu aku kembali..
Dari yang fana kepada yang kekal abadi..
Ya Allah…Aku malu…




Tersangat malu pabila
Apa yang aku tuliskan cakapkan
Tidak dahulu aku amalkan
Tetapi ingin orang yang amalkan


.

No comments: